Tuesday, September 15, 2009

balik kampung.

hari ni aku mau balik kampung pi balik labuan baru pi tanah besar sabah... heheheh
maybe aku akan jarang on9 da tu. apa2 pun doakan pemergianku.maybe aku akan kumpul cerita mengenai raya di kg aku heheheh. coming soon...

Sunday, September 13, 2009

mr k0k0 and yellow

ehem, ini bukan menunjuk2 tapi sekadar menghiburkan hati. cerita mengenai mr k0k0 and yellow yang sekarang menjadi member baik kepada aku and member aku mohd nabil husaini!

SAPA MR K0KO AND YELLOW NI?
yang penting dorang bukan manusia heheheh
ni la dorang yang aku sibuk perkatakan. dorang ni dari spesis yang sama, jantina yang sama tapi dari tempat yang lain. yang kaler putih tu koko! and kuning tu yellow!
bercerita sedikit mengenai sejarah dorang ni. cerita pasal yellow dulu la sebab yellow yang paling tua! yellow ni di miliki oleh member aku(nanti aku bg tgk sapa empunya yellow ni). dy ni special sikit, sebab awek member aku yang bagi. member aku mengikut pengetahuan aku mmg x penah dapat anak2 patung ni! jadi sebagi tanda kasih dan sayang member aku dapt yellow la. stat yellow masuk umah member aku da jadi manusia yang lain. ini amat sangat ketara dimana kedudukan semasa tidurnya yang dulu macam mayat yang x dituntut menjadi yang berkapan elok, masa tidurnya pun berubah! kerana dy dah pandi bangun awal!
yela selalu aku paling awal bangun, tapi sejak kebelakangan ni dy bangun sendiri and dah terpacak di depan laptop!! yang bikin panas dan membangkitkan memarahanku dy x kejut aku, not use punya member! tp ok la ada perubahan pada dirinya!
dy pernah jadi x keruan apa bila aku and member bilik berpakat menyembunyikan yellow dari pandangannya. hampir mengamuk juga member aku tu! hahahahah risau tu!
bercerita pula serba sedikit pasak koko! koko ni spesel sebab dy la pemberian paling besar yang aku terima dihari yang bukan pada befday ko. heheheh. sebelom aku dapat koko, aku ada pi umah member aku! jadi di umah dy, dy tunjuk la koleksi spesis koko yang banyak pada ku. aku pon cakap " aku dari kecil sampai tua2 ni nda penah ada benda ni! langsung x penah!" besa la lelaki mana ada orang tua belikan patung! paling2 pun senapang , pistol! bola... sebab dalam lagu hujan pon ada dalam liriknya yang berbunyi "bapanya mahukannya jadi seorang askar! (tapi aku jd chef hahahahah).
keesokan hari pastu member aku ni bgtau la " aku maow bagi ko brg ni, ko maow ka?' aku cakp la  "maoow".
dy ckp gi" benda ni besar, klu ko nda maow ndapala aku buang!"
"eh jangan..jangan buang aku maow" yala orang da bagi kan ambil ja la, rezki tu...
pastu dy suruh datang umah ambil! tp time tu aku exam la pla teda masa mo pi. tetiba ada posman yang naik kancil airlines hantar!
"ai apa binatang ni, besar ja ni, lain macam, bertanduk" buka2 ja plastik ni, tgk ada benda comel ,cute, interaktif,inovatif,kreatif,bumbastik, semua perkataan yang mengambarkan keghairahan keluar dari mulutku yang bau syurga time posa. hahahahahahah..... tgk2 rupa2 nya mr koko! hahahah. tapi blom tau gi nama dy koko. ditanya pada owner yang bgtau tu dalam ic dy ada tulis nama koko keh3.
da dapat tu mmg hepi la aku, kerna dapat bersaing ngan yellow yang jauh kecil dr koko. hahahah. jadi aku ngan perangan yang suka membuli memperkecilkan si yellow yang mmg da kecil. besar ba tu!
tapi ada juga yang jeles pi kaco koko! tapi aku X MRAH PON. aku tau dorang x sanggup mengapa2 kan koko! hahahaha
ada juga teman aku yang bleh di peluk2 , di cium2, di bawa bercakap!
anywey thanks yang menghadiahkan aku koko!
aku suka koko!hahaha
PERINGATAN!
WALAUPON LELAKI YANG MEMILIKI ANAK PATUNG DIPANDANG SERONG, KETAHUI LAH YANG DY STILL LELAKI SEJATI DAN X GAY! SEKALI LAGI X GAY!
WALAUPON NAMPAK X MACHO! PEDULI APA!
(best friend forever)
(teman tapi mesra)
(bersama kuih raya)
(on9 baa..)
(sapa la tu?)
(yellow pon sibuk 0n9)
(ko pandang apa?)
(teman pengubat rindu)
(bodyguard@penyeri hati duka dan nestapa,pembangkit selera, pembangkit semangat, bleh buat bantal klu bantal xda.)
the end

sehari bersama member2 nabil

semalam... 13.11.09

aku telah di offer oleh mohd nabil husaini tuk join pi berbuka posa bersam member2nya kat kl. mula2 memang aku nda maow! sebeb aku teda duit (sebenarnya aku save duit mo bayar hutang tempahan kuih raya and tudung!) tapi aku pi juga la. da la member bek aku offer kan, pi ja la dy pon kata mo blanja aku. heheheheh

sebenarnya yang akn pergi with nabil ada gi sorang org kedah bean namanya, tapi nasib dy kurang baik pla time tu dy melibatkan diri dalanm satu kemalangan kecil, nasib bek kancil airlines dy cedera ckir dan tuan badan pon masih menten hensem. hehehe. dy x jadi ikot sebab orang bini dy sorang dirikan, yalah susah dapat laki yang taking care ni lebih2 lagi bean. lain la di comparekan ngan aku ni. heheheh. aku ni x romantik!

menjadi masalah pulak kepada aku nagan nabil mahu menuju ke distinasi yang dituju tu tanpa transpot! tapi nasib bek la ada sorang member nabil yang baik hati yang sanggup turun dari putrajaya ke shah alam tuk ambil kami bagi memenuhi tuntutan rakan2nya yang lain. bertolak dr shah alam kul 4 lebih la, and kami pi kg halaman nabil kat wangsa maju (skg da jadi orang bangi) tuk berkumpul ramai2 and jalan sama2.

aku ingat member nabil ni dlm 2,3 orang, tetapi hakikatnya ramai la siot. mau satu bas persiaran la member2 dy ba,hahaha. tu dy tgk member2 dy macam besa2 ja, skali tanya ambik kos apa? ada yang ambil law, medik, bisnes ,multimedia, kira boleh buat syarikat la. skali dorang tanya aku, aku sama nagan nabil la ambik culinari ja. besa2 ja. hehehehe.

jadi kat sana kami buat oder dulu awal2 takut x sempatkan, siap curi menu restoran tu lagi.. kami berbuka di HR STEAK HOUSE KG BARU KL...

aku time tu jadi pendiam sikit la, nanti kalo aku bising2 lain pla kata member2 dy kan. ok la mengenali member2 nabil ni. satu perkara yang aku minat pasal member2 nabil ni, dorang rock2 juga tapi sembayang x tinggal (nabil ko x penah pon ajak aku smbyang kan, culture shock ko ni!) hahahahahah.  aku pon dah membocorkan sebahagian rahsia2 nabil pada member2 dy terutama gosip dy bergelfren tu. baru padan muka ko nabil, member2 ko sendiri da panas sama ko! ko diam2 gi beraweks...

Friday, September 11, 2009

kisah pembekal showl yang bahagia..

cerita ini di adaptasi daripada member kau yang empunya cerita. hehehehehe (habis la klu aku da mengarang ni macam2 bleh jadi). alkisah sepasang pasangan yang ketika mana time posa orang sibuk mencari baju baru tuk raya tapi dorang sibuk mencari tudung fesyen sekarang yang menjadi kegilaan anak2 muda mahu daha jadi ibu kepada anak. hehehehehe.
ni dorang tengah mencari kaler2 retro2, kaler2 abstrac, kaler2 flora, fauna,maulana,tropikana, dan macam2 lagi, dorang ni bagus la saling memahamni satu ngan yang lain. tapi saling memahami dorang ni pun aku jd x paham juga klu da berperang. hahahahahaha.
datin sedang berbincang dengan pelanggan jauh di utara sana, cik tau dy xtau ckp utara. cik pon sama juga. hahaha. dalam bisnes kena ada persetujuan antara dua pihak. datin ni mmg pandi deal2 harga ni. hahahah..
sampai makcik yang jual tudung pon paning kapla, "okla2, kamu ambil ja la, pastu pi main jauh" kata maci tu. kah3
ni datuk pula. dy agak profesional apabila memilih jenis kain, composisi kain, dan asal mana kain tudung tu di buat. kira dy pakar kain la. kalah si datin tadi. tetapi dy kalah ngan aku. aku pakar kain kapan!!
tadi kena sembunyi mukanya, skg dipaparkan mukanya secara jelas dan nyata. heheheh. berapa untung da kita dapat bos? huhuhuh
ni dy datuk kepada datin. orang kata dy serupa sam bunkface, tapi pada aku dy bagai bangunan yang x siap2 lagi. hahahahah. klu sam bunkface tu blom ada rasa2 sapa yang artis yang akan menyamai mukanya?
(ni dy la ni mr bean) hahahahah
(ooppsss terkejut sebentar si bean. heheheh)
 baru padan muka kena suruh jadi hamba abdi
  

aku apa kurang, 2x5 tapi paling kontrol macho dah ni. hahahahahahahaha

rumusan crita aku pada semester 4

fuh, alhamdulillah aku da habis exam final aku. Mmm, sepanjang semester ini banyak perkara berlaku pada diri baik yang pahit,manis,masam,tawar. sememangnya satu kenangan yang terindah bagiku... Owwhhhh... semestar ni la aku rasa aku busy gila2. aku jadi kelam kabut sikit and macam x teratur. mmg tension gila. pada luarannya tenang tapi dalamnya sapa yang tahu..
aktivitiku:
sepanjang semester ni aku terlalu busy ngan pertandingan, pertandingan pertama ku yang besar melibatkan kolej2 yang lain juga. time tu aku punya masa traning mmg tahap maximum! bayangkan pagi ada klas, petang sambung traning sampai tgh mlam, klu esk xda klas akan sambung traning sampai pagi! hanya kekuatan mental dan fizikal mengiringiku. restoran operation merupakan klas kami yang paling mencabar, dimana kami akan mengurus segala operasi sebuah restoran itu berdasarkan pemikiran dan idea kami sendiri!
ada juga aktiviti yang diluar pemikiran dan di luar jangkaan dimana aku telah mengikuti rancangan idea selebriti chef. aku just lepas saringan pertama ja, tp ok la ada juga pengalaman baru tuk aku. heheheh. ok la tu..
pelajarku:
pelajaranku ada sedikit terjejas ini disebabkan aku pon slalu ponteng klas, bukan sebab sengaja x datang klas, tapi keletihan menjalani traning. kadang2 terlajak tidur nie, da terlepas klas. tp aku harap aku bleh lepas tuk sambung semester depan,jangan la fail, klu x mampos aku! da la time stadi bleh lagi men2 gitar, men ddr, klu da tahap gila aku da sampai mula la mencipta video2 yang menyentuh kalbu and menusuk paru.
da dikategorikan aku ni anta pelajar yang kuat berlakon, dimana di dalam klas berlakon faham apa yang di ajar, padahal klu di tanya, gerenti 1 benda pon aku x tau.
member-memberku:
aku beruntung mempunyai member yang baik-baik belaka, yang sedia membantu aku setiap masa.
tapi aku ja ni kurang peka kepada kawan2 ku, tidak menjaga perasaan dorang, menyakitkan hati dorang, bikin dorang geram,kadang menangis!
rasa bersalah aku terhadap dorang.
harap maafkan la aku sekiranya aku ada buat salah, terkasar bahasa, terkaco emosi, x boleh dibawak bergurau yang pedas2, minta maaf k. sesapa yang mengenali aku lebih dari 2 tahun akan paham aku macamna. aku akan ambil masa tuk mengenali anda yang mejadi member2 ku..
pada aku benda tu ok, tetapi pada anda benda tu adalah teruk dan menyakitkan hati. tapi aku memang ikhlas menjadi teman-teman kamu semua.
.
kewanganku:
semester ni aku punya perbelanjaan agak mengalir macam air ckit, kebanyakan duit tu mengalir pada jalan yang betul, cuma klu dah strest tu la akan lebih banyak kuar duit tu. sllu aku bawa pi makan la, bagi kenyang perutku and bila kenyang akan mengantuk and trus tido. muahahaha...
disebabkan aku dalam kategori food lover, jadi variasi makanan akan berubah pada setiap masa, dengan bantuan rakan-rakan yang lain kami telah explore pi restoran2 yang menghidangkan makanan yang dari besa. fuh memang sedap! harga pon sadap ni. hahahah
tp aku cuba mengawal emosiku tuk menjadi pemboros!
kerna aku ada visi menyimpan rm5 setiap hari tuk simpanan masa depan. simpanan tu la tuk kawin, tuk belanja ank bini, tuk anak2 cucu lagi..hehehe
perasaanku dalaman dan luaran:
pada luarannya aku hepi skg, status ku membantu membuat perkara sesuka hati tanpa halangan. hehehehe. berbanding teman-temanku yang mempunyai status dorang kena spent time ngan kekasih dorang!!!
pernah aku hampir memecahkan statusku tapi pikir punya pikir dengan keadaanku sekarang dan msa depan yang dibelenggu dengan kesibukan kerjayaku. aku mungkin akan mengecewakan bakal temanku.
lain lah klu ada yang tampil dan ckp "i sanggup tunggu you, i know and i faham kerjaya you and i will sokong you sampai bila2" wah beruntung la aku klu ada yang jenis camtu.
tapi secara serius dan dibaca dengan nada yang tegas! aku kena fokus dulu ngan aku punya cita2.
ini pasti mengecewakan wanita2 diluar sana, tp jangan risau anda boleh mendekati aku. bercerita,bersembang, meluah perasaan bersama aku. aku akan sedia membantu yang termampu..
aktiviti akan datang

  • aku mau balik labuan 15hb ni, nda sabar aku mau balik heheheheh..

  • balik kg lagi jumpa datuk and nenek baru aku...

  • mau kumpul duit raya!

  • rumah aku akan bakal kena serang oleh member2 aku..

Monday, September 7, 2009

minggu exam da start

wish me luck!!!

try my best!

i not terrer, but boleh la!

heheheh

karipap ni inti apa?

ada sorang member aku ni cerita sama aku, kisahnya dulu2...
kisah sekolah menengah ni.

kisah pasal dikantin sekolah, member aku ni time form 3...
ada la sorang bro ni dy jaga kantin sekolah, bro ni time tu rasanya dalam mood nda baek..
ada la budak2 ni, slalu banyak tanya...

budak: bang ni apa ni?
bro: ni popia
budak: apa dy punya inti?
bro : kobis ngan udang
budak: owh, ni apa pla?
bro: ni kuih pau!!
budak: apa inti?
bro: kacang itam!
budak: owh, ni apa pla ni?
bro: karipap!
budak: pa inti dy?
bro: korasa apa inti dy?
budak: daging kali?
bro: bukan!
budak: jadi???
bro: intifadah!!!!
budak: biar betul???
broo: ko mo beli antau inda? tandang ko nanti!!!


hahahahahahaha......... 

tula sikit cerita nya..


\

Wednesday, September 2, 2009

AKU MAU STAT DA BUAT BLOG NI

salam ramadhan aku ucapkan kepada pembaca blog ni!!!(mcm la byk sangat pembaca ni muahahahaha)..
first of all,aku maaf zahir dan batin belum raya lagi ni, laman x update crita. almaklumla sebagai student diriku terbatas untuk membuat lontaran suara hatiku dlm blog ni.
Mmm... kla kali ni aku mau crita pasal suka duka sepanjang bulan ramadhan kat shah alam ni la, aku tulis mana yang aku ingat ja la k... hehehhehe.
bulan puasa tahun ni awal2 da ada dugaan yang menimpa..
first day sahur: x seperti org lain, kami ditimpa mcm2 dugaan. yelah, orang bujang klu bersahur kebanyakannya bersahur kat luar, sama juga cam kami. kami bersahur pon bukan tempat calang2, pi A&W ba kami. heheheh.. tp sayang, akmi telah digangu oleh org mabuk yang nda suka kami bersenag lenang! aku masih ingat lagi rupa, misai,janggut dan lobang idungnya yg serabut dengan bulu2 idung tu..(ya alllah aku mengumpat ka? astagfirullah). mcm2 makian,hinaan,carcian, yang boleh mengangu emosi,tahap kesabaran dan, boleh menyebabkan sakit kekejangan yang amat serius klu tidak ditangani dengan profesional. the ending, dengan berbekalkan semangat 1 malaysia, dengan mengikut pepatah yang muda disayangi, yang tua di hormati, segala sengketa dapat diselesaikan dengan diakhiri ketitisan air mata jantan2 yang kemachoan... tau dimana kami sahur. kat restoran pelita shah alam, (tp ada juga bersahur kat mcd) huhuhu...
(ni la dorang yg sahur kat mcd tuh) :p
first day berbuka puasa:
buat pertama kalinya selama aku berpuasa, aku belom pernah berbuka dlm kreta.. hehehehe. alkisahnya, time tu ada member si elle namanya mau balik kk. jd tolong antar la dy. time tu mau cari radio ni pun payah2, sebab slalu buka fly fm, siaran2 orang asing jd mau tau azan ka nda azan pun susah! pastu sampai si shah alam kami makan lagi tau. tapi aku x ingat dimana kami makan. time tu aku, bean and kakai.(weh tlg ingatkan aku dimana kita makan time tu?)
pastu adalah satu hari bertarikh 29.08.09. sorang kawan ni, model terkenal sieru yumie (mati la aku salah eja lg nama dy) bwk aku, nabil, kakai, and bean pi the curve. kami mmg nda mau pi ba tu, tp disebabkan ada sifat prihatin dan semangant setia kawan tu kami pon ikut juga la. time tu da mau buka da ba, mencari2 kami dimana mau makan nih. jd si farah ni cakap pi restoran "jom santai".(alamak terdedah dah nama model tu). makan disana direstoran tu sedap dy ckp. ok kami pon follow ja, nda tau kan besa orang dr kampung nih. heheheh. jadi terjadilah bab2 mengoder, mmg sedap time kami mengoder nih. berikut adalah senarai makan yang kami oder
ikan siakap tiga rasa
ayam goreng kunyit
sayur kailan ikan masin
kerabu mangga
udang goreng tangtangtong(udang goreng tepung)
daging paprika
telur dadar
kira penuh la meja time tu! perghh makn time mmg yang terbaik di alam semester la, sedap pon sedap, hepi pon hepi makan.
lepas makan rest jap, minta resit..
nah ambik kaw:
mau termuntah semua. hahahahahahahahahaahahahahahahahahah
(nasib bek la ada org yang bersedekah dibulan ramadhan nih, syukur alahamdullillah semoga dimurahkan rezeki dan blanja la tiap hari klu bleh)
pastu kami pi the curve buat kerja gila sikit tuk release tension:
model mmg camtu, kena anti malu sikit.heheheh
crita 3o.08.09
skga aku ingat crita pasal berbuka ja, sebab berbuka ni aku senang ingat hahaha. ok kebetulan nabil ada ajak pi ruma dy buka posa kat sana. yalah klu ikut bertolak from hostel tghari, tapi manusai2 ni bangun ikut waktu di afrika, bertolak la kami kul 4 lebih cam tu. yang ikut time tu cam besa la aku, nabil,bean,kakai,farah. jadi mengaharapkan pada tuan rumah untuk menunjkkan jalan kerumahnya sendiri musnah sama sekali. mengharapkan padi, padi.....(aku lupam plak pepatah tu). bikin panas juga si nabil tu, dy punya ruma pon sendiri nda ingat dan sasat. klu ko suruh aku pandi mmg berpotensi tuk sast la. tp berkemungkinan nabil yang bz cam aku juag dy lupa daratan sikit, muahahahahah.
 
(mula mmg hepi,ceria senyum2)
hampir 2 jam juga kami tersesat, pastu kami nampak la jln2 tuk menuju ke rumah nabil tu, aku pon ingat2 blur juaga rumah nabil tu, sebab br sekali aku pegi umah dy. jd perempuan2 ni xmau la bw tangan kosong, mau juga ada ole2 kan, jd singgah la kat bazar. bazar yang paling dekat kat bangi tu di pkns. jadi pi la mencari makanan, kuih2 ,cr pasal.... habis da membeli dan kami pun mau blah. mau blah tu la ayng jd masalah kepada kami. kreta x dapat buka! sebab kunci kreta tu da nak dicuru dah terkopek ni. jahanam punya pencuri jalanan.. beberapa minit ja lagi mau berbuka ni. mula2 da mmg mau panggil tukang kunci ja, skali tukang kunci tu minta rm60 la. tp nasib bek ada org tolong ni, terbuak juga kancil airlines akami tuh. huhuhuhu.
(naaaa.... baru ko tau)
secepat sang harimau kumbang kami bergerak kerumah nabil, riasu klu2 x sempat menikmati keberkatan berbuka di rumah nabil... nasib bek sempat! hahahahaha... datang2 ja dah terhidang nasi briani, kari kambing, ayam panggang dan macam2 lagi makanan yang berkonsepkan makanan arab saudi.
fuh aku makan mmg makan sampai kenyang gila la. 3 kali tambah beb!!! sebulan tinggal ruma nabil da cukup untuk menyamai badan nabil skg. hahahahah.
selepas tu kami bersama2 bersembahyang jemaah.............
ada makan lagi pastu, kuih2 yang kami beli x kena kacau pun time berbuka, lepas berbuka tu kami lepak kat luar, makan kuih2 tu bergurau2 la plak.
kakai,bean, farah balik shah alam sebab byk keja dy ckp.. tggal aku ja n nabil stay. kat uamah tu tgh mlm aku makan, sahur aku makan mmg best la,hahahaha..
the end...
the chef story

Tuesday, September 1, 2009

rahsia disebalik tahi lalat

Hahahahaah, Firasat Tahi Lalat :




Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya

Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan

Ubun-ubun - kurang jujur

Pusar - cerdas,tangkas dan tekun

Di Kening kanan - cergas dan cekap

Di kening kiri - cergas dan sopan santun

Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta

Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri

Biji mata kanan - suka serong dan pembohong

Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati

Di alis kanan - baik hati, suka menolong

Di alis kiri - ramai yang suka

Di pipi kanan - ramai teman

Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka

Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan

Pada hidung - banyak rezeki

Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat

menjadi kaya

Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai

Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur

Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak

pengetahuan

Leher ditengah - tercapai apa yang dicita

Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan

banyak tanggungan

Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab

Di dada kanan - dapat mengatasi masalah

Di dada kiri - berani, jujur dan sabar

Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia

Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri

Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia

Di punggung kiri - lambat, kurang agresif

Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf

Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami

Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami

Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros

Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan

Lengan kanan - setia dan taat pada atasan

Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja

Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan

Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

Ketiak kanan - menyimpan rahsia

Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria

Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

Pangkal peha kanan - kemahuan kuat

Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja

Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)

Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua

Betis kanan - suka berpoya, boros

Betis kiri - tidak suka menganggur

Tumit kanan - jujur, banyak kawan

Tumit kiri - baik budi

Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh

Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha

Lutut kiri - kurang berusaha

bulan kamu di lahirkan, menunjukkan keperibadianmu!!!

aku saja letak benda ni dalam blog aku, sebab banyak gunanya...heheheh..
first skali bleh buat bahan rujukan tuk mengenali seseorang, kedua klu mau cr pasangan pon bleh buat study dulu..kan3.heheheh. lagi klu mau rancang mendapatkan anak bleh rancang awal2 nih..huhuhuhu(nda senonoh eh)...
semua ni aku ambik from kajian dr fadilah kamsah... bagus dy nih..

JANUARI




* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

* Pandai mengambil hati orang lain.

* Pendiam kecuali telah dirangsang.

* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

* Cukup sayang pada kanak-kanak.

* Suka duduk di rumah.

* Setia pada segala-galanya.

* Perlu belajar kemahiran bersosial.

* Sifat cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI



* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

* Bijak dan pintar

* Berpewatakan yang mudah berubah.

* Mudah menawan orang lain.

* Agak pendiam.

* Pemalu dan rendah diri.

* Jujur dan setia pada segalanya.

* Keras hati untuk mencapai matlamat.

* Tidak suka dikongkong.

* Mudah memberontak apabila dikongkong.

* Suka kegiatan yang lasak.

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

* Sangat berani dan suka memberontak.

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka hiburan dan sukan.

* Suka benda yang bersifat seni.

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

* Belajar untuk mempamerkan emosi



MAC



* Berpesonaliti menarik dan menawan.

* Mudah didampingi.

* Sangat pemalu dan pemendam rasa.

* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.

* Suka pada kedamaian.

* Sangat peka pada orang lain.

* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

* Tidak cepat marah dan sangat amanah.

* Tahu membalas dan mengenang budi.

* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

* Suka berangan-angan.

* Suka melancong.

* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

* Kelam kabut dalam memilih pasangan.

* Suka dengan hiasan rumahtangga.

* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.

* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan



APRIL



* Sangat aktif dan dinamik.

* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.

* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.

* Punya daya mental yang sangat kuat.

* Suka diberi perhatian.

* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

* Sangat berani dan tiada perasaan takut.

* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

* Emosi cepat terusik.

* Cuba kawal perasaan.

* Kecenderungan bersifat pendendam.

* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.

* Kuat daya ingatan.

* Gerak hati yang sangat kuat.

* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.

* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI



* Keras hati & tegas.

* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.

* Pemikiran yang tajam.

* Mudah marah apabila tidak dikawal.

* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .

* Perasaan yang amat mendalam.

* Cantik dari segi mental & fizikal.

* Tidak perlu dimotivasikan.

* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

* Mudah dipujuk.

* Bersikap sistematik (otak kiri).

* Suka berangan.

* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

* Daya khayalan yang tinggi.

* Permikiran yang tajam.

* Pandai berdebat.

* Fizikal yang baik.

* Kelemahan sistem pernafasan.

* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

* Tidak berapa suka duduk di rumah.

* Tidak boleh duduk diam.

* Tidak punya ramai anak.

* Rajin dan bersemangat tinggi.

* Agak boros



JUN



* Berfikiran jauh & berwawasan.

* Mudah ditawan kerana sikap baik.

* Berperangai lemah lembut.

* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

* Idea yang terlalu banyak di kepala.

* Bersikap sensitif.

* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

* Bersikap suka menangguh-nangguh.

* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

* Cepat marah & cepat sejuk.

* Suka bercakap & berdebat.

* Suka buat lawak & bergurau.

* Otaknya cerdas berangan-angan.

* Mudah berkawan & pandai berkawan.

* orang yang sangat tertib.

* Pandai mempamerkan sikap.

* Mudah kecil hati.

* Mudah kena selsema.

* Suka berkemas.

* Cepat rasa bosan.

* Sikap terlalu memilih & cerewet.

* Kurang mempamerkan perasaan.

* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

* Suka pada barang yang berjenama.

* Mudah menjadi eksekutif.

* Kedegilan yang tidak terkawal.

* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.



JULAI



* Sangat suka didamping.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

* Ada harga dan maruah diri.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

* Sangat menjaga hati orang lain.

* Sangat peramah.

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

* Berjiwa sentimental.

* Jarang berdendam.

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

* Tidak suka benda remeh-temeh.

* Membimbing cara fizikal dan mental.

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

* Tinggi daya simpati.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

* Mudah dan rajin belajar.

* Suka muhasabah diri.

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

* Suka mendiamkan diri.

* Suka duduk di rumah.

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

* Tidak agresif kecuali terpaksa.

* Lemah dari segi kesihatan perut.

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

* Minta disayangi.

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

* Terlalu mengambil berat.

* Rajin dalam membuat kerja



OGOS



* Suka berlawak.

* Mudah tertawan padanya.

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.

* Berani dan tidak tahu takut.

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

* Pandai memujuk orang lain.

* Terlalu pemurah & bersikap ego.

* Nilai harga diri yang sangat tinggi.

* Dahagakan pujian.

* Semangat juang yang luar biasa.

* Cepat marah & mudah mengamuk.

* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

* Sangat cemburu.

* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

* Cepat berfikir.

* Fikiran yang berdikari.

* Suka memimpin & dipimpin.

* Sifat suka berangan.

* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

* Belajar untuk bertenang.

* Sikap kelam kabut.

* Romantik, pengasih dan penyayang.

* Suka mencari kawan



SEPTEMBER



* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.

* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

* Pendiam tapi pandai bercakap.

* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

* Sangat sensitif yang tidak diketahui.

* orang yang banyak berfikir.

* Daya pentaakulan yang baik.

* Otak bijak & mudah belajar.

* Suka mencari maklumat.

* Kawal diri dari terlalu mengkritik.

* Pandai mendorong diri sendiri.

* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

* Suka sukan, hiburan & melancong.

* Kurang menunjukkan perasaannya.

* Terluka hatinya sangat lama disimpan.

* Terlalu memilih pasangan.

* Sukakan benda yang luas.

* Bersistematik



OKTOBER



* Suka berbual.

* Suka orang yang sayang padanya.

* Suka ambil jln tengah.

* Sangat menawan & sopan santun.

* Kecantikan luar & dalam.

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

* Sentiasa berkawan.

* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

* Cepat marah.

* Macam pentingkan diri sendiri.

* Tidak menolong orang kecuali diminta.

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

* Tidak suka terima pandangan orang lain.

* Emosi yang mudah terusik.

* Suka berangan & pandai bercakap.

* Emosi yang kelam kabut.

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

* Suka melancong, bidang sastera & seni.

* Pengasih, penyayang & lemah lembut.

* Romantik dalam percintaan.

* Mudah terusik hati & cemburu.

* Ambil berat tentang orang lain.

* Suka kegiatan luar.

* orang yang adil.

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

* Mudah patah semangat



NOVEMBER



* Banyak idea dalam perkara.

* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

* Berfikiran kehadapan.

* Berfikiran unik dan bijak.

* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.

* Pemikiran yang tajam.

* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

* Sesuai jadi seorang doktor.

* Cermat dan teliti.

* Personaliti yang dinamik.

* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

* Terlalu degil dan keras hati.

* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.

* Tak suka marah kecuali digugat.

* Mudah ambil berat terhadap orang lain.

* Pandai muhasabah diri.

* Cara berfikir yang lain dari orang lain.

* Otak yang sangat tajam.

* Pandai mendorong diri sendiri.

* Tidak hargai pujian.

* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.

* Cuba sampai berjaya.

* Badan yang sasa.

* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.

* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.

* Suka duduk d irumah.

* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

* Bercita-cita tinggi.

* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



DISEMBER



* Sangat setia dan pemurah.

* Bersifat patriotik.

* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

* Bercita-cita tinggi.

* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

* Seronok bila didampingi.

* Suka bercampur dengan orang.

* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

* Tidak pandai berpura-pura.

* Cepat marah.

* Perangai yang mudah berubah-ubah.

* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

* Benci pada kongkongan.

* Suka berlawak.

* Pandai buat lawak dan berfikiran logik