Sunday, November 29, 2009

teringat aku dulu2...

mmmm.... aku suka baca karangan budak2 sekolah..best ni..terutama karangan budak2 kampung pendalaman... hehehe... klu time sekolah rendah dulu, klu bdk ni org kampung betul2 ayat yang akan du tulis pon akan sama sebiji apa yang dy slalu cakap. sama juga macam aku ni..heheheh... time tu la ckgu yang datang dari semenanjung akan pening kepala dan tergaru-garu kepala apabila mau check karangan durang... sebagai contoh karangan di bawah...



rasa-rasa kamu x tergulung ka anak2 perut apabila abca karangan tu... sebenarnya aku baca sepuluh kali pon aku akan ketawa sahaja... ditambah lagi ngan tulisan cam cakar ayam(tulisan aku pon lebih kurang cam tulisan kat atas tu)....

ada lagi kes apabila budak2 xtau mau kembangkan ayat karangan... kadang2 ayat yang sama diguna banyak2 kali... itu da macam ayat bangladesh da ni... pening kapla trus... hehehe




tapi aku bersyukur la, karangan aku akan berubah pada setiap tahun mengikut perkembangan semasa cuma satu ja aku x leh ubah tulisan aku hahahah...

*gambar2 tu aku ambik dr member2 fb aku, pinjam jap buat bahan... jangan mara aaa...huhuhu

Saturday, November 14, 2009

top 5 citaku dari kecil hehehe



sejak kecil ku lagi aku da mmg suka memasak, main masak2 best apa. walaupon time tu just masak ranting kayu,bunga-bungaaan, air longkang hehehe... itu diperingkat bayi 2. bila dah besar ckit start la masak masakan pertama aku iaitu masak air panas, then telur gorenag pastu up sikit masak nasi then sampai la ke lauk dan kuih muih... x janggal rasanya bagiku untuk memasak sbb sebagi anak sulung in my family aku dipertugaskan untuk menjaga adik-adik ku... jaga makan dan minum mereka.. bukan my parents x mahu adk2 aku. disebabkan mencari rezeki tuk kami lah aku, tugas tu di bagi kepadaku. apa bila dapur rumah dikuasai olehku, maka rasa minat mencuba and melakukan experiman sendiri tulah membuatku lagi minat tuk memasak... hahahaha..
cita-cita ku menjadi chef kini kian nmpk disebabkan aku dah ambil jurusan yang sepatutnya walaupon pada asalnya aku kat skolah bukan ambil subjek katering.. aku mahu membuktikan bahawa perkerjaan chef bukanlah pekerjaan tuk org x berpelajaran cam dulu. skg da modern and byk saingan. dan org ckp chef just ddk kat hotel and restoran ja. apa hal, byk lagi sebenarnya tmp2 yang bleh pegi sekiranya ada lesen tuk jd chef. aku mahu membuka restoran aku sendiri with my own style...insyaallah.
be patient kata org brunei hahahaha. oopsss terlebih suda.
"every can cook".... memasak tu adalah seni, hampir suma pancaindera digunakan.
kata orang masak kena ikhlas..







aaaa.... top 2 cita2 aku adalah mahu jadi pelakon..ish3.. tapi betul la, aku mmg minat berlakon terutama teater. best siot klu dapat menghayati watak2 yang yang dibagi walaupon hanya sekadar pokok kayu. kadang2 watak utama bleh kalah ngan watak batang kayu tu sendiri.. teringat lagi apabila mengimbas seni lakon aku yang first skali kat sk rendah perfome depan org ramai punya la takut. tapi apabila tengok penontot terhibur aku cukup suka.. kurniaan tuhan aku bermuka cina ni aku bleh buat kacau bilau penonton cikit and buat mulut penonton terngaga seketika or sampai habis show, ada satu sketsa yang aku buat yang mengisahkan sorg bdk cina yang bukan islam ttpi apabila meningkat usianya dewasa dy memeluk islam dan aku lah memegang watak tu. adalah sesetengah penonton ckp'petah sungguh bdk cina tu bercakap melayu" aku just tersenyum ja. heheheh. padahal muka ja cina tapi kena bawa ckp cina aharam satu pon nda paham tau caru kepala ja. aku berfikir klu aku jadi artis pon bukan menjamin masa depan ku, tetapi klu ada peluang i go on sja...
bakat ini xkan nampak jika xda guru yang menyedarinya. "AKU BERKARYA DI ATAS BAKAT KAMU" ini kata2 yang di keluarkan oleh guruku cikgu jasmini yang telah banyak membuka mindaku mengenai seni yang bukan sekadar berlakon sahaja.... aku amat berterima kasih kepadanya...








jadi cikgu???? eee... jangan pandang serong aaa, jangan ingat ini muka mcm seposen xda harapan tuk jd cikgu cuma rezeki ja xda.. tapi kita tgk nnt, bagaimana kah jadinya aku ni nnt.. heheheh....
mgkin aku x mengajar bhasa melayu, or bhsa ingeriss, ilmu hisab, biologi.... tp aku akan ajar org memasak... yaaaa... itu la yang aku nmpak skg... jd lecterur pon da ckp memadai... klu aku ada rezki aku mahu sambg blajar.... baru la nmpak hensem ckit.heheheh.. aku akan jd ckgu yg paling ganaz or paling baek. tgk pada semasa.. hahahaha...







ini mungkin bleh dipertikai kan... aku nk jadi doktor gigi ni... tp ianya ada didalam senarai top 5 cita2 aku tau.. klu dilihat gaya aku skg amat mmg x dapek la.. dah jauh sangat hala tuju tuk jadi doktor gigi tu. klu nak ambik pon kena pi rusia la ni.hehehe... xpa la x aku jd doktor gigi anak aku bleh ganti. mama dy mesti suka kan. aku pon x payah pi hospital klu anak aku jd doktor, cabut diumah saja. free tu. hahahaha





last and bukan yang terakhir jadi tentera. x kisah la tentera laut ka, darat,udara aku mmg minta. lebih2 lagi klu time pegang senapang, bom, kreta kebal ka... pergghh, pastu main timbak2 ni. crita rembo tu la punya angkara sampai ada satu tahap aku pernah buat umah dlm hutan ni, tapi mama marah bawa rotan mau pukul aku. apa tidaknya hutan blakang umah tu macam2 ada ular la, lipan la, dinasor la, nyamuk la. time tu aku peduli apa, budak2 gi mana tau apa2 pon. siap bawa bekal nasi ni dirumah, mama tnya "kemana ko ni". aku jwab mau berkemah di hutan. ko jangan main di dalam hutan tu ketaguran(kena kaco makhluk halus) ko tu nnt. aku mana dgr, skali betul la demam neh. baru padan muka aku. hahaha


begitu lah cita2 tu ketika time kecil gi.... tapi yang nampak skg aku adalah tuk jadi chef yang berjaya.. bagaimana ngan anda? mesti adakan.. bila di ingat semula ia akan mengimbau betapa besarnya cita2 kita time kecil tetapi timeda besar hanya berapa kerat ja yang mengikut cita2 mereka ketika kecil....

Thursday, November 12, 2009

aku kurang sihat...




mmm... hari silih berganti, kejap ujan kejap panas...
shah alam... aku dah berapa hari da ni idung tersumbat di tambah lagi dengan pakej batuk2.. itu dy pakej yng cukup hebat dan sesuai ngan cuaca skg...

sungguh x selesa klu dah sakit, buat kerja pon x larat..aduh, kerja mau tidor ja...

tambahan awal2 semester ni lagi klas banyak xda, datang kolej datang just sekadar tunjuk muka crita2 suai kenal, bek buat trus minggu orentasi.. heheh

tapi sesungguhnya sakit itu penghapus dosa, banyak kot dosa2 tersirat yang telah aku lakukan... astagfirullah...

i hope aku sembuh ngan cepat la....

dan mengembalikan hari2 ku dengan penuh ceria....


Tuesday, November 3, 2009

KISAH AKU DI TIPU OLEH TOK BOMOH!


kisah ni betul dari aku sendiri sebab aku yang jadi mangsa keadaan jadi crita ni bleh dipercayai 100% hehehe.

alkisah aku dan teman2 ku pergi la ke pasar tani awal2 pagi ni sanggup bangun mau tgk keadaan camna pasar tani..mmg meriah la, macam2 ada ni.. ada yng jual makanan, minuman, pakaian, dan macam2 gi la..heheheh..

tapi yang menarik minat ku adalah terdapat bayak bomoh2 yang jual ubat ni.. fuh suma terer nagn magik masing2... ada yang magik buat mulut ternganga ada juga buat magik yang mmg tipu betul2 la. yang unik nya, setiapa bomoh ni ada satu macam binatang pelik yang jarang ditemui la...

dalam byk2 bomoh tue KU TERPIKAT ngan satu bomoh ni yang gaya percakapannya agak keindonesian and nmpak mcm pro bomoh.. sebab dy ada dua makhluk ganjil yang aku ingin tgk. aku teringin sangat nak tgk benda tu. jadi tunggu la.. first2 mukadimah dr bomoh tu mengambil masa hampir 15 minit!.. adoi berpeluh ni menunggu...

jadi trick pertama yang dia buat dulu tuk tarik pelanggan,dengan berbekalkan 1 bekas yang slalu di lihat digunakan ahli silap mata.. bekas tu kosong ja, tapi dy isi ngan ranting kayu and dy tutup. magiknya cukup simple la nak tukar ranting kayu tu jd benda lain.. yang bikin panas tu yalah apabila dy nak buka bekas tu nk ambil masa setengah jam tuk tunggu, dy punya banyak cakap mengalahkan ahli dewan parliman la. sikit punya hal dy crita punya panjang lebar... pastu dy bukalah bekas tu ternyata berubah jadi katak.. namun sikit pon tak buat aku terkejut bahkna boring dan aku tau dy menipu.

then second trik, dy mengeluarkan satu bekas ayang berisi bnyk cincin, katanya cincin tu adalah sangant mujarab atau murajab hahaha.. biar betul bomoh ni. menguatkan lagi stetmennya. dy ckp gurunya telah menghadiahkan batu cincin ini dari gunung berapi kat indon tu... dahsyat2...
tapi masih x bleh dipercayai lagi. jadi bomoh tu pon tuang la satu botol racun kononnya yang digunakan untuk santau... dituangkan kedalam cawan. racun tu hitam pecat pastu dy masukkan cincin tersebut ngan membaca mentera lbih kurang camni " hei racun bisa jantung yang menusuk kalbu! aku tahu asalmu racun dari seberang padang jawa timur tengah, ku tawr kau wahai racun si mambang, marang keputer marang tembirang!) masukkan cincin tu dlm cawan and serta merta racun tu jd putu=ih mcm air!!!!) ahhhhh!!! aku terkejut, pastu dy ofer la dy akan bagi cincin tu nagn sapa2 yang cepat and syarat nya kena sedekah ikut suka hati... apa lagi aku ngan pantas kuarkan duit seringgit ni mau cincin tu... sanggup tunggu walaupun dah hampir sejam menunggu.. (aku ternyata skali mudah terpesong astagfirullah).

cantik la tu, pas dapat cincin tu bomoh tu ckp boleh jmpa makhluk putih tapi jangan di takuti sbb dy x jahat bleh dilayan gi... ai lain macam sungguh la bomoh ni...
sblm dy bagi cincin tu dy mengeluarkan lagi stetment yang berbuyi "ya tuan2 dan puan2 di dalam dunia ni tidak semua brg free, suma kena bayar, jadi sblm sy serahkan cincin ini sy minta tuan2 dpt la tolong saya membeli ubat2 sy yang di jamin murajab@mujarab. bukan saja untuk penyakit kulit malah untuk jadi kuat dek ketika memlayari bahtera..satu botol rm15 sja tapi hr ni sy ofer murah2 2 botol rm20"

klu dgr crita bomoh tu apa anda rasa? ada rasa tertipu ka? ckp awal lain ni nak bersedekah pastu last2 lain pla. dengan pantas aku larikakn diri dan biarkan cincin tue... pandai betul bomoh tue bisnes! bikin panas tul. padan muka aku.. hahahah

itu la jngn mudah percya sgt ngan bomoh2 ni...

ANDA KATEGORI MANA? HEHEHE




Anda dikategori yang mana?

ORANG YANG TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut, selalu menyalahkan orang lain

2. ORANG *******
Orang yang menahan kentutnya berjam jam

3. ORANG YANG BERWAWASAN JAUH
Orang yang tahu bila dia hendak kentut

4. ORANG SENGSARA
Orang yang nak kentut tapi tak boleh kentut

5. ORANG YANG MISTERI
Orang yang kalau kentut, orang lain takkan tahu

6. ORANG YANG GUGUPOrang yang tetiba tahan kentutnya bila tiba masa
untuk kentut

7. ORANG YANG PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu menganggap kentutnya berbau harum

8. ORANG YANG SADIS
Orang yang kentut di katil, terus mengibaskan kentutnya pada
Katil orang lain

9. ORANG YANG PEMALU
Orang yang kalau kentut selalunya tak berbunyi tapi selalu
merasa malu sendiri

10. ORANG YANG STRATEGIK
Orang yang sering menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak agar tidak didengari oleh orang lain

11. ORANG YANG *****
Orang yang dah kentut, kemudian menarik nafas untuk menggantikan
agin yang keluar

12. ORANG YANG PELIK
Orang yang kalau terkentut, mengeluarkannya sedikit-sedikit
sampai bunyi "tit-tit-tittt"

13. ORANG YANG SOMBONG
Orang yang kalau kentut selalu berasa bangga dengan kentutnya

14. ORANG YANG PERAMAH
Orang yang sering mencium kentut orang lain

15. ORANG YANG TIDAK SUKA BERGAUL
Orang yang selalu kentut bersembunyi

16. ORANG YANG AKUATIK
Orang yang selalu kentut dalam air sampai berbunyi
"blekutuk-blekutuk-bloop-bloop-bloopp"

17. ORANG YANG ATLIT
Orang yang kalau kentut, sering mengeluarkan tenaga dalaman

18. ORANG YANG JUJUR
Orang yang sering mengaku apabila terkentut

19. ORANG YANG PINTAR
Orang yang boleh menilai bau kentut seseorang

20. ORANG YANG ROMANTIK
Orang yang sering memuji-muji kentut pasangannya tu
merdu dan wangi

21. ORANG YANG GILA
Orang yang sentiasa menunggu di bontot orang
yang suka kentut kuat - kuat.


LAWAK INI DI SPONSER OLEH PERSATUAN KEKENTUT SEDUNIA!!!

Sunday, November 1, 2009

perangaiku mengikut tafsiran bulan kelahiran

aku meminjam hasil kajian mengenai rahsia bulan kelahiran, hampir semua adalah mengambarkan sapa diriku jadi aku hanya menambah dan membuka sedikit cerita mengenaiku.
  • Berfikiran abstrak: cara berfikirku ni agak agresif dan kadang2 membuatku pening seketika jika di luar kawalan,aku pernah berfikir selama hampir 1 hari hasilnya aku tewas di katilku tanpa sebarang hasil. namun kadang2 pemikiranku menjurus kepada sesuatu hala tuju yang boleh direalisasikan dan bukan omong kosong. aku berpatri pada 1 iatu mesti mau buat.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak: benda yang sedarkar bayangan susah aku mahu terima melain kan benda itu dihadapanku dan aku melihatnya dengan kepala mata ku sendiri, kekadang benda yang org kata buruk adalah cantik bagiku, kerna ianya adalah sesuatu yang unik dan amat berharga. menilai sesuatu itu amat berbeda terhadap seseorang
  • Bijak dan pintar: semuanya dilahirkan bijak dan pandai, aku tidak berani menilai tahap kebjik dan kepandaianku, kerana ku tahu banyak lagi perluku pelajari.
  • Berpewatakan yang mudah berubah: perubahan selalunya akan berlaku apabila melihat diriku sendiri, xkan aku masih di takuk lama, kedewasaan mengajarku memilih antara yang baik untukku and yang buruk untukku.
  • Mudah menawan orang lain: perwatanku yang sedikit menonjol membolehkan ku menarik perhatian org disekelilingku.
  • Agak pendiam: diamku ada tempatnya, dimana ketika ku blajar itu aku perlukan konsentrasi yang lebih sedikit daripada org lain, diamku juga pada bila temanku mengalami masalah, diamku juga pada aku sendiri punyai masalah.
  • Pemalu dan rendah diri: sifatku yang sukar diubah..
  • Jujur dan setia pada segalanya: kejujuranmu kesanjung, kesetiaanmu ku pertahankan..
  • Keras hati untuk mencapai matlaamt: selagi kudratku ada, x kira masa aku akan cuba memperolehnya...
  • Tidak suka dikongkong: kebebasan itu yang kumahukan.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong: inilah jadinya, semacam cara digunakan untuk melepaskan kongkongan ku
  • Suka kegiatan yang lasak: xtreem, tapi gayat huhhu
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif: yeke?
  • Mudah mempamerkan marahnya: mmmhhh, kekadang kali aaaa...
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh: bek aku buat kerja lain gi bagus daripada aku buang masa slalunya aku ckp camtu..
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya: kawan2 ku.. i love you
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam: awas! anda sedang di perhatikan...
  • Suka hiburan dan sukan: heheheh
  • Suka benda yang bersifat seni. terjadinya satu kesenian adalah lahir dari jiwa seseorang.. seni slalunya xkan sama, seni jika dihayati mempunyai makna disebaliknya...
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran: pergghh, aku jiwa rock la...
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul: jangan kenalkan aku pada bomoh2 yang bukan2 nescaya aku mudah terpengaruh! ini terbukti! minta aku dijauhkan.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros: apabila dah dilebel kedekut, amat jarang la melihat aku bershopping gila2, duit tue, cuma klu aku da stress aku jadi boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi: emosi apa lagi aku mahu pamerkan? aku da la semacam xda perasaan, buat bodo ja, tapi dalaman aku berkecamuk...



hhahahahah.... ini sekadar membuang masa lapang ku.. peace!